Blog

Cipta Hobi Baru Sewaktu Cuti Sekolah! Point Ke-3 Mesti Ibu Suka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan ini sangat penting :

Ibu bapa dah sediakan aktiviti untuk anak-anak cuti sekolah ini?

Cuti sekolah kian hampir dan inilah masanya untuk ibu bapa sediakan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat untuk anak-anak. Apakah aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah mereka?

Saya cadangkan untuk  anda  lakukan aktiviti bersukan atau riadah ataupun mencipta hobi yang baru bersama  anak-anak anda.

Kenapa bersukan atau riadah?

Aktiviti bersukan atau riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Bersukan atau beriadah ini juga dapat menenangkan fikiran sekali gus dapat menyihatkan tubuh badan kita dan juga anak-anak kita. Aktiviti ini juga dapat dijadikan satu aktiviti amalan mingguan keluarga anda.

Ia merupakan sebuah aktiviti ‘bonding’ yang murah, mudah dan mencapai matlamat!

Continue reading “Cipta Hobi Baru Sewaktu Cuti Sekolah! Point Ke-3 Mesti Ibu Suka!”

Advertisements