Blog

Cuti Sekolah ; WAKTU UNTUK BANGKIT! Bukan Sekadar ‘Membina Badan!’

Akhir-akhir ini kita kerap melihat viral-viral di media sosial tidak kiralah video, teks, atau gambar yang menunjukkan remaja kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang kurang bernas dan tidak berjiwa besar.

Viral yang pertama, isu  soalan “Bila nak kahwin”  oleh makcik-makcik bila pulang ke kampung ketika raya. Yang menjadi viral adalah bila anak-anak muda menjawab persoalan itu dengan tidak berhemah dan mungkin kelihatan seperti kurang ajar dan tidak beradab. Antara jawapan-jawapan yang ada, “Eh, makcik bila pulak nak meninggal ..” , ada juga yang menjawab “ tu la, saya tunggu suami makcik untuk pinang saya, tapi tak masuk-masuk pulak ..”

BERJIWA KECIL

Kalau diamati jawapan-jawapan yang diberikan, kita boleh melihat, betapa kecilnya jiwa anak remaja kita. Mudah sentap dan tidak mampu untuk berhujah menggunakan akal yang waras. Jawapan-jawapan simplistik seperti ini seolah menunjukkan yang anak remaja kita lemah semangat dan tidak mempunyai jiwa yang besar.

Continue reading “Cuti Sekolah ; WAKTU UNTUK BANGKIT! Bukan Sekadar ‘Membina Badan!’”

Advertisements