Blog

Cipta Hobi Baru Sewaktu Cuti Sekolah! Point Ke-3 Mesti Ibu Suka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan ini sangat penting :

Ibu bapa dah sediakan aktiviti untuk anak-anak cuti sekolah ini?

Cuti sekolah kian hampir dan inilah masanya untuk ibu bapa sediakan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat untuk anak-anak. Apakah aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah mereka?

Saya cadangkan untuk  anda  lakukan aktiviti bersukan atau riadah ataupun mencipta hobi yang baru bersama  anak-anak anda.

Kenapa bersukan atau riadah?

Aktiviti bersukan atau riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Bersukan atau beriadah ini juga dapat menenangkan fikiran sekali gus dapat menyihatkan tubuh badan kita dan juga anak-anak kita. Aktiviti ini juga dapat dijadikan satu aktiviti amalan mingguan keluarga anda.

Ia merupakan sebuah aktiviti ‘bonding’ yang murah, mudah dan mencapai matlamat!

Continue reading “Cipta Hobi Baru Sewaktu Cuti Sekolah! Point Ke-3 Mesti Ibu Suka!”

Advertisements
Blog

IDEA BERNAS Untuk Cuti Sekolah! Paling Mudah Adalah No.1 !

Nak Buat Apa Cuti Sekolah Ni?

Cuti sekolah bakal tiba. Anak-anak riang gembira. Cuti sudah dipohon. Ibu bapa sudah bersiap dengan segala persediaan yang dirasakan perlu. Inilah peluang untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Tetapi, ibu bapa pula macam mana? Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa bekerjaya yang susah nak minta cuti untuk pergi melancong. Jangan risau tuan-tuan dan puan-puan.

Menjadi ibu bapa boleh membuatkan kita jadi kreatif. Inilah masa untuk kita luangkan untuk anak-anak. Selain itu, kita juga boleh belajar kemahiran baru. Berikut ialah apa aktiviti yang boleh dirancang bagi memenuhi cuti sekolah anak-anak:

  1. Melayari laman web yang mesra kanak-kanak. Laman web yang mesra kanak-kanak menjadikan pembelajaran berjalan dengan menarik. Ibu bapa juga tidak perlu risau dengan maklumat yang bukan-bukan yang keluar di internet. Anak-anak dapat berseronok sambil belajar. Antara senarai laman web yang bagus untuk kanak ialah:

Continue reading “IDEA BERNAS Untuk Cuti Sekolah! Paling Mudah Adalah No.1 !”