Tentang Kami

Logo AMPAC - Nama Penuh 2 Warna (1)

AMPAC atau Akademi Membangun Potensi Anak Cemerlang merupakan sebuah akademi yang membina kepintaran, kemahiran dan kepimpinan kanak-kanak & remaja! Program yang pertama seperti ini di Malaysia bermula tahun 2007!

AMPAC di KOSMO!Bernaung di bawah Kumpulan Syarikat Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, kami optimis dalam membimbing kanak-kanak & remaja ke arah menjadi generasi cemerlang duniawi & ukhrawi.

AMPAC di Metro

AMPAC bukanlah sebuah pusat tuisyen atau organisasi yang semata-mata mementingkan pembangunan akademik. AMPAC meletakkan fokus utamanya dalam menjana 9 kepintaran insan dengan menggunakan modul-modul latihannya yang praktikal dan komprehensif!

Maka tidak hairanlah, ramai di antara pelajar yang telah menyertai AMPAC mengalami transformasi yang mantap dalam pelbagai segi. Persoalannya, anda pula bagaimana?

Berpidato di hadapan Hospital Islam Az-Zahrah

Jika anda seorang ibu atau bapa, tidakkah terukir di hati keinginan untuk melihat anak anda hebat di dalam dan di luar kelas?

Jika anda seorang kanak-kanak atau remaja, tidakkah tercetus kemahuan untuk berjaya dalam kurikulum dan ko-kurikulum yang seterusnya menempa kejayaan yang lebih besar dalam hidup anda?

2013 - 1250 PESERTA MENYERTAI AMPAC DI SELURUH NEGARA

Jadi, kami dengan rendah hati dan terbuka jiwa & minda, menjemput anda untuk menjadi ahli keluarga AMPAC! Welcome to AMPAC!!

Laman Web Rasmi AMPAC:

www.AKADEMIAMPAC.com

APA KATA MEREKA?

Untitled1