Blog

Bersedia Gaya Bijak Untuk MULAKAN PERSEKOLAHAN! No.2 Paling Penting!

Assalamualaikum & apa khabar semua? Hai adik-adik semua! Senyum la sikit, barulah ceria. Hari ini saya nak kongsi dengan adik-adik semua tentang teknik BERSEDIA GAYA BIJAK UNTUK MULAKAN PERSEKOLAHAN!

Apabila kita sudah cuti panjang dihujung tahun, agak sukar untuk membetulkan “mood” untuk semangat ke sekolah. Bahkan masih ada yang bermain di saat akhir musim cuti dan mereka tidak sedar dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada saat hujung cuti ini.

Dengan sedikit persiapan yang saya akan kongsikan adik-adik tentu mampu mempersiapkan diri untuk kembali ke sekolah dengan lebih bersemangat & ceria.

Ini beberapa tips yang boleh dilakukan !

  1. PERSEDIAAN FIZIKAL
  • Kelengkapan sekolah

Ya! Bila ada kelengkapan sekolah yang mencukupi pastinya kita akan lebih bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan yang baru. Kita boleh ajak mak & ayah membeli barang kelengkapan sekolah dua minggu sebelum bermulanya sesi persekolahan. Namun jika kelengkapan tahun lepas masih elok dan boleh digunakan, lebih baik kita gunakan sahaja. Boleh jimat duit mak dan ayah.

  • Penampilan diri

Dah lama cuti ni kadang-kadang rambut pun tak terurus. Jadi sebelum memulakan semula persekolahan, mari kita siapkan diri supaya cun melecun & hensem kebabom. Bukan tujuan untuk mengorat tapi bila penampilan kita sentiasa kemas dan bersih, kita akan lebih yakin dengan diri sendiri dan selesa untuk menerima ilmu.

 

  1. PERSEDIAAN MENTAL
  •  Membuat jadual

Ini adalah persediaan yang paling penting kerana dengan adanya jadual barulah kita nampak bersedia! Antara perkara yang kita boleh masukkan ke dalam jadual adalah jadual waktu bangun pagi, jadual siapkan kerja rumah, bila waktu kita belajar & waktu kita bermain. Kalau waktu cuti kita sudah biasa dengan aktiviti-aktiviti yang santai, jadi kita perlu ada jadual untuk memastikan hari-hari persekolahan lebih tersusun dan masa diisi dengan berfaedah.

 

  • Timbulkan minat

Jom timbulkan minat belajar sebelum memulakan sesi persekolahan. Pastinya mak dan ayah kita dah belikan buku teks sebelum mula persekolahan. Jadi untuk timbulkan minat dan semangat untuk sesi persekolahan yang baru, jom kita baca sekali lalu buku teks tersebut.  Secara tidak langsung kita dapat membayangkan apa yang kita akan pelajari untuk setiap subjek pada sesi yang akan datang.

Akhir kata, pastikan kita sentiasa fokus dengan apa yang dilakukan dan jangan sesekali hilang semangat. Semoga tips persediaan yang dikongsikan dapat membantu adik-adik untuk lebih bersemangat ke persekolahan. Selamat kembali ke sekolah dan menjadi Brilliant Student yang hebat .

TIPS RINGKAS INI DARIPADA:

AMPACoach Hanim

 

Advertisements