Blog

Cari Murabbi, Jadi Murabbi

 

Assalamualaikum semua! Harap semuanya ceria, bertenaga dan tidak putus asa dalam menjadikan diri anda seorang Muslim yang hebat!

Badrul Sani

Hari ini AMPAC nak berkongsi tip untuk anda, sbg Brilliant Student, bangkit menjadi pelajar yang hebat. Apakah caranya; CARI DAN JADI MURABBI?

Apa maksud Murabbi? Mudahnya, Murabbi ini difahami sebagai personal coach, guru istimewa atau personal trainer.

APA PERLUNYA MURABBI?

Dalam mencorak kejayaan, kita perlu bijak dalam mengatur strategi. Dan strategi yang terbaik adalah strategi daripada mereka yang telah mencapai kejayaan yang kita impikan. Strateginya sudah terbukti berkesan dan insyaAllah andai kita pula yang mengaplikasikannya, hasilnya pasti sama.

BEST TAU ADA MURABBI!

Apa yang menariknya tentang memiliki murabbi ini juga adalah anda semestinya dapat menjimatkan masa dalam mencapai kejayaan. Kenapa ye? Ini kerana anda tidak perlu lagi mengulangi kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh murabbi atau mentor anda ketika mereka mencorak kejayaan pada satu ketika dahulu.

ANDA JUGA PERLU JADI MURABBI!

Ya, bunyinya seperti belum layak. Tetapi sebenarnya anda mampu melakukannya! Pertama anda perlu kenali apakah kelebihan atau kepakaran anda. Kemudian fikirkan bagaimana kepakaran anda itu mampu memberikan manfaat kepada orang lain.

MENGAJAR ADALAH BELAJAR

Sungguh, apabila anda mengajar orang lain, anda sebenarnya sedang belajar! Dan bayangkan lebih ramai orang anda ajar, lebih banyak anda belajar! Perasan atau tidak, pelajar yang cemerlang akan terus cemerlang terutamanya pelajar cemerlang yang suka mengajar rakan-rakannya yang lain. Kenapa ye? Kerana mengajar adalah belajar! Pelajar cemerlang semakin hebat dalam topik yang diajarnya kerana dia sendiri belajar dan terus belajar topik tersebut setiap kali dia mengajarkannya.

PENUTUP

Tuntasnya, usah membuang masa mencoret kesalahan sedangkan  kesalahan dapat dielak dengan memiliki murabbi yang bijak memimpin. Dan usah persiakan kebolehan yang anda miliki. Jadilah mentor kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah, kebajikan dapat dibuat, pahala semakin meningkat dan ini menjadi salah satu usaha jihad.

Selamat mencari murabbi dan menjadi murabbi!

Dikongsi dengan kasih sayang oleh :
ABG BADR
Master Trainer AMPAC

Advertisements