Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak & remaja yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat!
PROGRAM CUTI SEKOLAH 2013
direka khas untuk kanak-kanak dan remaja berusia
7 tahun sehingga 17 tahun!
PERSOALAN UNTUK ANDA!
- Anak anda selesa berbahasa Inggeris? Atau sekadar tahu menulisnya? Apa kata kita jadikan dia seorang yang selesa menulis, membaca, bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian?
- Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?!
- Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!
JIKA ANDA MEMPERCAYAI KAMI UNTUK MEMBIMBING ANAK ANDA, SERTAI PROGRAM CUTI SEKOLAH 2012 SEKARANG!
1. ENGLISH ZONE

Program ini direka khas untuk memudahkan peserta menyesuaikan diri dengan Bahasa Inggeris.
Dengan menggunakan pendekatan yang menyeronokkan, English Zone membebaskan peserta daripada rasa kekok menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Selain berbeza dengan kaedah di sekolah dan pusat tuisyen, English Zone juga menuntut pesertanya mempraktikkan ilmu sepanjang latihan dilaksanakan. Dan inilah yang menyebabkan English Zone telah melahirkan ramai pelajar yang yakin dan minat untuk berbahasa Inggeris!
2. MISI BIJAK BERBICARA
MISI BIJAK BERBICARA pula lain ceritanya. Program ini diadun dan dicanai dengan aktiviti-aktiviti yang bakal menghilangkan perasaan takut dan gemuruh untuk berbicara. Dengan konsep santai dan selamba, para peserta bakal didedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan dalam dunia seni berbicara dan ini yang menyebabkan mereka akhirnya mampu menguasai kemahiran ini.
Mereka akan menyanyi, berlakon, berpidato dan pelbagai lagi aktiviti yang
menjurus ke arah menjana kemahiran pengucapan awam yang padu. Sama ada anda percaya atau tidak, ramai ibu bapa yang terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada anak mereka. Dari penakut jadi berani. Dari tidak berkeyakinan menjadi berkemahiran berbicara!
3. BRILLIANT STUDENTS’ SKILLS
Kalau tadi lebih kepada kemahiran insaniah (softskills), program ini pula bersifat menajamkan minda yang tumpul dan memperkasakan kemahiran belajar yang lemah.
Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang aktif otak kanan dan kirinya. Dan pelajar juga sukakan permainan (games).
Jadi jika digabungkan kedua-dua konsep ini, maka lahirlah Brilliant Students’ Skills! Peserta akan bermain, belajar dan bekerja serta dalam masa yang sama, membina kekuatan minda!
Apakah perkara yang menyeronokkan ibu bapa selain melihat anaknya semakin pintar? Dan apakah perkara yang menggembirakan hati pelajar selain bermain dan bermain. Jadi, inilah program yang memuaskan hati kedua-dua pihak!
PENGUMUMAN
PENYERTAAN PROGRAM CUTI SEKOLAH AMPAC 2013
AMPAC BANDAR BARU BANGI
Tarikh Program : 27 – 31 Mei 2013
Tempat : Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy
No.10A-12A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan (Sebaris dengan Hospital Islam Az-Zahrah)
Waktu : 9pg – 430ptg
Bilangan Pelajar : Maksimum 60 orang
Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)
Yuran Penyertaan : RM370 (seorang), RM350 (berkumpulan)
*Penginapan tidak disediakan
AMPAC PUTRAJAYA
Tarikh Program : 3 – 7 Jun 2013
Tempat : No.22B, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya (Sebaris dengan Mydin)
Waktu : 9pg – 430ptg
Bilangan Pelajar : Maksimum 60 orang
Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)
Yuran Penyertaan : RM370 (seorang), RM350 (berkumpulan)
*Penginapan tidak disediakan
AMPAC SHAH ALAM
Tarikh Program : 27 – 31 Mei 2013
Tempat : Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy
No.33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F/9F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor (Di belakang Plaza Mas Alam)
Waktu : 9pg – 430ptg
Bilangan Pelajar : Maksimum 60 orang
Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)
Yuran Penyertaan : RM370 (seorang), RM350 (berkumpulan)
*Penginapan tidak disediakan
AMPAC P. PINANG
Tarikh Program : 3 – 7 Jun 2013
Tempat : Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy
No.101, Tingkat 1, Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200, Kepala Batas, Pulau Pinang (Berhampiran KIOSK Bertam)
Waktu : 9pg – 430ptg
Bilangan Pelajar : Maksimum 60 orang
Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)
Yuran Penyertaan : RM300 (seorang)
*Penginapan tidak disediakan
Tarikh tutup penyertaan adalah seminggu sebelum program atau apabila pendaftaran telah mencecah seramai 60 orang peserta! Jadi jangan bertangguh ye!
TAPI… KENAPA PILIH AMPAC?
- Para jurulatih dan fasilitator yang berpengalaman dan sporting! Anak anda pasti sukakan mereka!
- Pendekatan & kaedah pembelajaran yang unik dan menyebabkan pelajar tidak sempat untuk bosan!
- Mereka dilatih seharian dari pukul 9pg – 430ptg. Mudah untuk menghantar dan mengambil dari tempat kerja!
- Terbukti berkesan terhadap para peserta yang sudah menyertainya!
- Kerana anda inginkan sesuatu yang hebat untuk anak anda yang bakal menjadi insan hebat!
JADI KENAPA TIDAK AMPAC?
HUBUNGI KAMI UNTUK PENDAFTARAN
SEKARANG!!!
03-89261297
013-2719170
atau daftar secara online
JOM SAKSIKAN VIDEO AMPAC PROGRAM CUTI SEKOLAH!!
Laman Web Rasmi AMPAC:


